Thursday, July 14, 2016

Soft food diet

Bila sebut diet sure ingat nak kurus kan?
Aku kena reflux macam aku mentioned in my previous entry.
So aku decide nak go on soft food diet.
Aku ok je makan bubur berbulan-bulan.
Aku suka, sedap.
Tapi tu dulu. Tekak zaman muda.

So harini aku start. Bawa 2 bekas.
Sebekas ke tong sampah sebab basi.
Sebekas lagi je dapat selamatkan.
Aku makan bubur ayam hari ni.

So ni menu aku harini.
Aku tulis sini so senang aku nak pantau food intake aku.

Pagi
1. Air Nabeez
2. Apple Cider
3. Kurma, oats & susu kambing smoothie

Sampai office:
1. Air lemon (defused)
2. Bubur ayam (beras, ayam, daun sup & garam) - 4 sudu

Lunch
1. Bubur ayam (beras, ayam, daun sup & garam)
2. Air kosong (aku minum sikit je pagi)
3. Air lemon

Then aku dah start sakit kepala sebab aku rasa aku tak amek sugar langsung.
Or maybe juga takde solid food langsung.
So dah tak tahan aku decide nak beli fruits.
Tapi takde ok.
Sebab aku tak boleh makan buah tempatan sebab mostly berangin.
Aku try avoid dulu.

So ke starbucks.
Aku beli apple and egg white sandwich & mixed nuts and fruits.
So in between pukul 2.00pm -5.45pm tu yang aku makan.
Tapi first day ni not really good.
Aku tak tahu is it me or memang diet ni buat aku pening/sakit kepala.
Hopefully by tomorrow dah ok sikit.
Sebab malam pun aku still makan porridge ok.

Esok petang or sabtu rasanya dah bole start keraskan sikit.
Nak try pantang oily food pula.

So why i chose soft diet?
Obviously bukan sebab aku nak kurus.
It's for my digestion.
Perut kita hari-hari kerja keras nak hadam makanan kita.
Harini aku tak lapar cuma cranky sebab takde sugar.
Or maybe sebab aku letih.
Aku kalau pergi kerja memang kurang sikit semangat. Hahaha!

So dah 2 hari aku aerobic.
Harini rest. Sebab tadi baca Kevin Zahri punya blog.
Bukan kuantiti senaman, tapi kualiti.
Biar badan betul-betul recover baru bersenam lagi.
Sebab kalau kau paksa, sama seksa badan juga.
Since harini letih kan, so kita cuti.
Esok tengok cemana. Kalau ok, esok kita buat aerobic.



Wednesday, July 13, 2016

Episodes

Ok new story about me. Aku ada anxiety problem.
Maybe juga due to perangai suka over think aku.
Hari tu ada check up kat ENT, masuk camera.
Doctor jumpa acid reflux.
Maybe juga sebab tu selalu trigger anxiety aku.

So macam-macam lah aku buat untuk fix back this problem.
Sebab bila terjadinya 'episode' tu aku akan tak senang duduk.
Jantung laju, rasa bukan-bukan, fikir pasal mati, rasa macam sakit itu dan ini.
Aku dah pergi check up, Alhamdulillah there is nothing wrong with my jantung.
Sebab simptom tu macam heart problem kan.
It's not. Everything is normal. Blood test pun dah buat.

To cut it short, semalam kena.
Again jantung laju, pastu pendek nafas.
Bila jadinya 'episod' tu aku akan jadi marah.
Aku mula rasa husband aku ni macam tak sayang aku.
Aku rasa yang dia tak percaya aku sakit.
Hakikatnya memang takde problem kot.

So kebetulan, I have a friend yang kena benda yang sama.
Acid reflux, dia sampai admitted seminggu.
Situation beza sebab dia pergi hospital sebab dia cakap dia kena sesak nafas.
Aku pula sebab selalu pening kepala end up pegi Specialist ENT.
Tapi outcome dia sama, dua-dua kena AR.
Dia pantang makan, aku pun pantang juga. Pantang jumpa.

Episode ni happen bila 'diseru'.
Mindset to be exact.
Semalam pula aku dengan kawan aku tu dok cite pasal benda ni.
Terus jadi. Plus aku aku makan makanan berangin.
Terus pendek nafas. Siap fikir ni, esok tah bangun ke tak.
It's normal when you are having it.


Lepas tu aku rasa aku memang tak boleh duduk sorang lah.
Since kena benda ni, bila aku duduk sorang mulalah terjadinya episode itu.
So I have decided, malam ni last lah nak makan bukan-bukan.
Esok onward, aku will pantang soft food. Bagi perut rest dulu.
Rasa dalam seminggu dua ni tengok cemana.
Hopefully semua ok lah.
Tadi sampai MC ok. Sampai muntah bagai.

So husband fetch dari office, bawa pergi makan dulu.
Then kitorang belilah barang sikit.
Kebetulan ada GNC, aku pun apa lagi.
Masuk terus tanya supplement untuk perut/gastric.
Kakak tu suggest ada supplement. Aku tak nak cite pasal tu.
Tapi aku suka point kakak tu,
"Perut ni dik, bukan harini kau makan, esok kau sakit. 10 tahun kau makan, baru jadi."
So betullah, since lepas sekolah aku bangsa bedal semua benda.
At least at my age tu ok lah.
Kawan aku tu baru 24 ok.

So kawan-kawan, go for healthy food ok.
Pantanglah makan sikit.
Jangan fikir nak sedap je.
Fikir future sekali.
Perut ni gudang penyakit.
Jaga perut. Jaga hati. InsyaAllah bersihlah dalaman kita k.

Tuesday, July 12, 2016

Raya 2016

Finally tahun ni ada gambar raya yang proper a bit.
Bukan pro pun tapi pakai digital camera so cantik la sikit gambar kan.
So here's our first day raya photos. *Ini je time yg kitorang snap photo ok. Lepas tu dah takde.*







Of course raya will never be the same without him.
Tak pernah lupa. Sentiasa di hati,

Mimpi tak best

Tadi tertidur balik around 11 am.
Tak taw kenapa lately anxious semacam.
Pastu jantung laju sampai letih.
Semalam sebab diri sendiri yang trigger.
Kejap-kejap dok check heart rate.
Dari ok, terus jantung jadi laju.

Pastu rasanya nak batuk pun ye gak.
Dengan stress pasal benda-benda remeh lagi.
So back to the mimpi story.
Aku paling tak suka mimpi pasal mati.
Lagi-lagi orang yang aku sayang.
Tadi mimpi husband tuuutttt..

Scary ok. Sebab aku dalam mimpi tu tak boleh face the fact.
Aku carry on life aku here and there with him.
Sampai tetibe cousin aku tegur kenapa aku still macam cakap dengan husband aku.
So from there aku macam tersedar yang dia dah takde.
Macam drama kan?
Lepas tu konon aku depressed teruk.

Tetibe terjaga *Thank God*
Konon tidur sebab letih, ni tidur pun letih.
Bangun terus text kawan aku. Text husband.
Memang takut sangat masa tu.
Kawan aku suruh pegi berwudhu. Since da nak masuk zohor pun time tu.

Ya Allah, semoga Allah panjangkan umur kitorang.
Banyak lagi tak berubah.
Semoga kitorang diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk beribadah.
Aku memang tak boleh.
Kalau risau memang terbawak sampai tidur.
Tu sebab dulu aku pernah kena marah dengan someone sebab aku suka pressure diri sendiri.
Sungguh tak pressure diri sendiri pun tapi sebab perangai suka memendam ni yg makan diri sendiri adalah.

Aku rasa ni sebab semalam aku melawan ni.
Tu Allah nak bagi petunjuk tu.
Nak lawan sangatkan.
Harus terus minta ampun dengan husband.
I cannot imagine how am I gonna live without him.

Ok I should stop here.
Nak update next entry.
Gambar Rayaaaa..

Monday, July 11, 2016

Eid Mubarak

Lamanya tak blogging.
Last post 2014 kau.
Tiba-tiba rindu blogging.
Apakan daya tiada masa.
Dulu company lama sedap la blogging tanpa sempadan gitu.

Its almost 2 years since my last post.
How's life now?
Mine is awesome as always.
So since tinggalkan dunia blog *cewah macam ada reader kan* banyak je benda berubah.

Aku alhamdulillah dah start bertudung tapi tu la, lagha tu ada lagi.
Slowly lah eh berubah.
Nanti too drastic kang nak maintain tu macam-macam dugaan ok.

So how's raya so far?
Tahun ni sebab tak dapat cuti. Friday kerja.
Raya first day dgn mama aku kat pandan then ke seremban.
Khamis dah balik KL.
So my raya ended on Khamis tu.

Tapi Jumaat malam balik rembau.
So restart balik la feeling beraya tu.
Raya this time tak dapat bagi duit raya.
First sebab beli rumah.
Second sebab lupa nak tukar duit.
Sibuk tukarkan untuk orang sendiri punya lupa. Padan muka!

Alhamdulillah dapat snap photos.
Sebab tak penah ok dapat snap proper photo.
Kalau ada pun gambar camera phone.
Kalau bangsa guna phone canggih takpe.

My raya so far ok.
Harini still cuti even though husband dah kerja.
Merasalah duduk rumah sorang kan.
Oh! Tapi today birthday my sister from another parents.
So tadi bawak dia jalan-jalan and makan-makan for birthday treats.
Kejap je rasa spent time together.
Dulu masa berjiran pun bukan selalu jumpa.

Hopefully she had a good time with me lah tadi.
Ok blurr jap tak taw nak upadate apa.
Nanti kalau ada rezeki update picture raya sikit-sikit ok.

Selamat Hari Raya uols!

Tuesday, November 18, 2014

7 November 2014

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Its been a while since the last time aku blogging and suddenly aku rindu blogging. Tempat aku nak luah segala apa aku rasa. Tonight I am back, to share stories of my life again.

7 November 2014, a date that I will never forget. A date which my nightmare came true. A date that I wish I will never go through. I don't know if I can make it till the end of this entry but I start to feel the heat as am writing this. Semoga aku tabah sampai akhir entry ni. At least I let it go tonight.

around 6.30 am, I received a call from my eldest sister. I just woke up a little bit late than usual. Selalu pukul 6.00 am dah terjaga dan akan sebut 5 minit selama 10 kali kat husband. So on that gloomy Friday hujung-hujung speaker phone aku the moment I answered the phone one word yang betul-betul make my world stop spinning "Abah dah takde!" *hang up* I scream out loud!! "Yang baba dah takde! what should i do yang?" my husband hold my hands and said "bangun mandi kita pergi rumah mama.". Aku cuba bangun, aku jatuh, lembik lutut. Kaki ni macam tak pijak lantai. "Allah, dugaan apa Kau bagi aku kali ni?"

pukul 7 lebih aku sampai rumah mama. Aku tak boleh nak fikir, aku termenung, menangis, termenung. Selalu rasa dekat je rumah mama, entah kenapa kali ni aku rasa perjalanan aku panjang. I was lucky to have my husband with me. Sampai rumah mama, depan rumah ramai orang, dalam rumah semua tengah baca yaasin and I saw a body laying on a mattress belong to baba. Masa tu I was hoping everyone will say its just a stupid prank. Swear to God, I'm hoping its not true. As i'm standing in front of him mama buka sikit tudung yang tutup muka baba. Ya Allah, kenapa? Apa salah aku? Kenapa tak bagi aku jumpa baba at least for the last time, at least one last time untuk aku cium tangan baba?

At that moment, aku blame diri aku for not seeing him for more than a week. I was busy and that particular day, I was excited to finish my work so I can see them later on. That's what I told my husband on the night before. Tapi my plan hancur the moment I saw his body, laying, not moving, not breathing. I'm stupid enough for not realizing that his time is limited. Tapi baba tak sakit. He was ok, sempat celebrate anniversary my sister malam tu. Sempat joke with everyone.

Masa tu, semua orang yang jumpa dia on that week questioned us what happened to him because he was ok. Percayalah, bila sampai masanya, Allah nak kami pulangkan baba pada Dia balik. Walaupun sebelum ni dia pernah sakit dan sampai tahap kami adik beradik redha kalau tuhan nak ambil dia, tapi he survived.

Aku tenangkan hati aku, aku cakap dengan diri aku "Dah sampai masanya baba berehat dengan tenang. He's been through a lot since past few years.". The moment I saw his face, Subahanallah, baba macam tidur. Mata terpejam rapat, mulut tertutup rapat sama macam muka baba bila dia tidur. Masa tu aku mula redha. Aku teringat yang baba pernah cakap dengan aku few weeks before dia tinggalkan aku "abah dah penat, abah nak rehat. Boleh tak abah cuti?". I answered him "tak boleh ba, nanti baba sakit.". He said "mungkin bila abah dah takde nanti baru abah boleh rehat." Long paused. I want him to end it there. Jangan cakap macam tu dengan aku. Aku tak puas bermanja dengan baba.

Sungguh, at this moment aku rasa macam tekak aku perit, macam tercekik. Teringat kata-kata baba. He tried to give me the sign tapi aku tak paham.

Dalam pukul 12 lebih, bilal masjid (terima kasih ustaz kerana tolong kami adik beradik sepanjang pengurusan jenazah. Guide my brother all the way sampai lah ke kubur) datang dekat kami and tell us he's taking our dad ke dalam masjid sebab Friday prayer after that terus nak sembahyang jenazah. He will close the casket it will not be open sampai kebumi. Ustaz suruh kami adik beradik, keluarga untuk cium jenazah untuk terakhir kali. Aku tak nak lepas baba, aku nak cium baba puas-puas. Berkali-kali aku cium baba and the last time I kissed him I said to him "Wait for me ba.". The moment he closed the casket, I know I have to let him go for real.

Selesai solat jenazah, hujan renyai dan makin lama makin lebat. Kami doa banyak-banyak semoga semuanya berjalan lancar. Sepanjang jalan hujan yang turun seolah-olah hujan yang menangis, menangis sama dengan kami sekeluarga. Selesai kebumi dan talkin, menderu hujan turun. Terima Kasih Ya Allah, terima kasih sepanjang perjalanan yang telah Kau permudahkan. Istimewa betul arwah baba.

Aku orang terakhir yang nak tinggalkan kubur baba. Aku masih tak percaya di dalam tu tertanam tubuh baba. Aku terfikir macam-macam masa tu.

As of today 18 November 2014, aku teramat rindukan baba. Rindu yang tuhan aje yang tahu. Aku tak mampu nak menangis macam orang lain. Aku hanya mampu menangis bila aku duduk sorang-sorang. I cry like a baby. I was hoping aku dapat jumpa baba dan peluk dia someday. I kept few of his cloths. Kain pelikat baba tempat aku lepas rindu. Aku peluk, cium seolah-olah aku peluk baba. Aku terlalu rindu. Terlalu rindu.

Ya Allah, janganlah kau siksanya di dalam kubur, Kau luaskanlah kuburnya. Kau tempatkanlahnya di dalam golongan hamba Mu yang beriman. Kau ampunilah semua dosanya, Ya Allah. Aminn.




Wednesday, April 23, 2014

im back!

Its been a while tak blog. Busy catch up dengan new life as a wife. Waaa pelik amat bila guna perkataan wife. Kejap je rasa da dekat 6 bulan kawen.

Life is great as usual.

And InsyaAllah i will start my online business back.

Stay tune!

Sunday, August 25, 2013

Stage of life

I'm officially engaged to an amazing man! Syukur Alhamdulillah.. Nothing much I can say about us. All I hope for now, may Allah bless our journey. Amin :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 4, 2013

4 hari lagi

Kejap je rasa, lagi 4 hari da abes puasa. Baju ke apa semua tak beli lagi. Dah tahun kedua roadtax mati ngam2 time dekat raya. Huwaaa! Tahun ni memang kereta je beraya, acik dok umah dendiam pakai baju raya tahun lepas. So sad! This year lagi terasa actually sebab kereta 2 bulan ni memang banyak pakai duit. Takpe, tahun depan kita beraya ye..

Sedih jugak sebenarnya sebab last year ok lagi sebab merasa duit kpi. So still dapat shopping sikit. Tahun ni, hampeh.. Nak buat macam mana, takde rezeki.

Semangat raya tak sampai-sampai lagi sebenarnya. Tapi sejak da meningkat usia ni, memang kurang sikit semangat raya. Lagi syok puasa dari raya. Lagipun this year maybe busy sikit. Lagi la takde semangat.

Hopefully lagi 2-3 hari ni sampailah semangat raya tu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, August 2, 2013

Chapter of life

At the end of the day, the only thing you realise that you have to stand alone.

Learn what's the meaning of life without anyone to cheer you up!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.