Sunday, July 14, 2013

Ya Tuhan, aku redha dan ikhlas

Ada perkataan yg selalu bermain-main dalam benakku. Aku cari apa yang kurang selama harini.

Aku terfikir 2 tahun lalu aku penah cakap dengan seorang kawan "God keep on giving me everything that I want without me giving Him anything in return."

Subahannallah, aku tersedar 2 tahun dulu aku leka, lalai dengan kebendaan. Harini bila mana aku perlukan sesuatu, aku tak mampu mendapatkan sesuatu itu.

Aku mula mencari tuhan ketika aku memerlukan sesuatu dari-Nya. Tapi aku mula hanyut bila diberikan ganjaran dariNya.

Hari ini, 2 tahun selepas itu, baru aku sedar erti keikhlasan. Erti ikhlas mencari keredhaanNya dalam hidupku. Aku ikhlas dan aku terus berdoa semoga ditetapkan keikhlasan hati ku untuk terus mengejar keredhaanNya dalam kehidupanku.

Aku menangis sendu di atas sejadah yang dulu hanya menjadi hiasan dalam bilik.

Sejadah, hadiah pertama dari seseorang yg dihadiahkan dariNya untuk aku. Sejadah yang selama ini menanti untuk aku bersujud di atasnya menyembah Ilahi.

Ya Allah, kali ini aku benar-benar ikhlas ingin ke jalan Mu. Bimbinglah aku, ingatkanlah aku tatkala aku mula leka. Sesungguhnya aku hanya hambaMu yang seringkali terleka, hanyut mengejar dunia.

Hanya satu pinta ku Ya Allah, sesungguhnya aku tahu hanya dia yang mampu. Ikhlas aku untuk menjadi isterinya yang bakal memimpin tangannya ke syurga Mu, permudahkanlah perjalanan kami Ya Allah.

Amin Ya Rabb.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: