Tuesday, July 2, 2013

taktaw nak letak tajuk apa tapi nak bebel panjang-panjang

mati kutu nak letak tajuk. im in the mood for writing. ngeh ngeh ngeh!

semalam finally dapat semangat nak cakap pasal gaji. tapiii bukan dengan bos aku pun. aku cakap dengan company secretary. aku mintak nasihat sikit dari dia. i mean, kalau dia cakap ok, should be ok la kan?

macam aku mention sebelum ni, aku paling takut part mintak naik gaji. sepanjang kerja kat sini, belum pernah sekali pun aku mintak increment. gaji aku naik pun setiap kali aku tukar department. sebab aku jenis fikir aku tak boleh nak nilai tahap kerja aku and berapa gaji yang aku patut dapat.

so semalam aku explain lah kat dia kenapa aku nak mintak increment. due to some valid reason, aku rasa company should consider. aku tak salahkan management terlepas pandang pasal aku. i mean my salary specially. of course dorang fikir if i never ask means im ok with what i get now, kan? terkejut jugak minah tu bila aku cakap aku tak pernah dapat increment since aku start dengan department ni. so she asked me to write a letter.

semalam agak tersegan sebenarnya. aku fikir macam tak sesuai masa aku mintak dengan keadaan company yang still up and down ni.

sekarang ni masih mencari kekuatan untuk bagi email kat bos pulak. aku sebenarnya suka cakap face to face. tapi bos pulak tak masuk office since semalam.

aku sayang kerja sini. susah nak dapat company yang macam ni. dorang flexible and seboleh-boleh akan cuba faham masalah kau. sebab tu aku mampu bertahan walaupun gaji aku kekal since almost 3 years kat sini.

enough about that. ada lagi good news. baba is finally discharged! Alhamdulillah!

semalam tersangat lega bila abang aku text cakap baba da boleh keluar lepas dialysis. terus rasa nak melompat. after 10 days people! rindu! rindu! rindu!

kesian kat mama. bila doctor cakap baba maybe da bole discharge the next day, baba mintak mama jangan tinggalkan dia. means he asked mama to take of him sampai la dia keluar. my baba is so manja. memang tak boleh berenggang dengan mama. specially time sakit. kalau mama tak jaga dia malam tu, kau tengok dia punya lemau esok tu.

even kalau aku cover kejap-kejap pun, time to time baba akan tanya mana mama. kau bayangkan, tidur kat hospital tu bukannya selesa. jaga orang sakit pulak tu. bukan bole kau nak tidur lena pun. lain lah orang macam aku yang kaki tidur kan. huahuahua..

balik semalam terus bawak dorang pegi makan. aku syak baba ni dah ketagih nasik ayam la. keluar semalam terus cakap dengan my bff "macam biasa". amboiii..

layankan aje la kan? aku pun da janji nak bawak pegi sana makan. heee.. tapi aku adalah penjahat sebab semalam baba yang bayar. sekarang aku rasa bersalah. kihkihkih...

anyway, baba not 100% recover tapi dia cukup kuat untuk discharge. still kena pantau jugak. Hopefully baba cepat-cepat fully recover. Amin.

eh sebelum terlupa. aku ada jiran baru yang sangat kekwat! abang aku tegur dia mengetuk, drill and all during weekend. abang aku da tegur dari first week dia buat. lepas tu abang aku fikir jiran, so malas nak kecoh-kecoh. biar je la. ingatkan sehari dua je kot. da masuk second week pun still sama. dia buat weekend je pulak tu. hari sabtu still ok, tapi hari ahad pepagi buta da mengetuk and drilling bagai. mau tak hangin? last sunday, which means da minggu ketiga, still mengetuk lagi hoii..

abang aku dah hangin, dia cakap dengan jiran aku tu. respect la sikit. kalau susah sangat nak respect, abang aku nak report je kat mpaj. sekali dia boleh sound abang aku, dia da report bapak aku selalu bakar kat belakang rumah. amboii.. semak samun belakang rumah tu kau ingat sape nak jaga? dah la tanah dia terbiar gitu je. pastu kang buatnya ada ular segala, tak effect rumah kitorang pulak cite dia?

bapak aku siap upah orang potong rumput kot nak clear kan semak samun tu. kemain kekwat kau ni. orang buat baik, kau nak tunjuk diva. harus aku tak bertegur dengan kau. ish!

macam-macam.

No comments: