Sunday, July 21, 2013

Jangan jadi bodoh

Perasan tak? Hidup ni bila kita terlalu fikirkan yang kita nak capai sesuatu, mesti macam-macam halangan. Tapi bila kita tak fikir pasal apa yang kita nak tu, takde pulak halangan. Pelik! Contoh macam aku nak simpan duit. Lagi aku fikir nak simpan, lagi banyak duit aku kena keluar.

Sungguh! Kekadang rasa macam putus harapan!

Aku jenuh dok pressure sana sini fikir macam mana nak squeeze. Simpan duit segala. Baru nak senang sikit, tup tup kereta rosak lah, itu lah ini lah. Lepas tu aku stress.

Until one day aku sedar, sebenarnya kalau kita nak buat apa pun berpada-pada. Jangan fikir banyak. Jangan tension tak pasal.

Macam kawan aku cakap "semua ni bergantung pada rezeki. God will show u the way, Insyallah."

Aku fikir balik. Betul lah! Kalau belum sampai rezeki aku untuk mission aku, buatlah apa pun, tetap tak jadi.

Jadinya, aku tak nak sekat sangat apa-apa yang aku buat. Hidup je macam manusia normal. Sekurang-kurangnya, kalau aku tak dapat apa aku nak, aku tak regret for nothing. Hihihi!

Ehems! Raya nak dekat dah!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: