Friday, July 5, 2013

Ikhlaskah kita?

kami adik beradik berdebat semalam tentang perubahan sebelum dan selepas kahwin dalam whatsapp group. menarik topik ni. mungkin sebab aku belum kahwin dan aku tak boleh nak bayangkan macam mana rupa menjadi seorang isteri. tapi tak salah nak dengar nasihat dan pendapat. bukan kata gatal nak kahwin tapi benda tu pengalaman. 

setiap kita ada pandangan masing-masing ini cuma pandangan aku.

kata abang aku, kahwin ni bukan semua yang indah je. kena jugak fikir buruk pasangan. betul, aku setuju. kadang-kadang ada jenis orang yang kahwin sebab tengok kawan-kawan kahwin, ada yang lebih kepada seks dan macam-macam lagi. tapi bagi aku kahwin ni persediaan diri kita untuk terima orang yang kita tak kenal luar dalam dia sepenuhnya. 

apa yang penting?

macam mana kita nak kenal pasangan kita sedangkan  kita belum lagi serumah dengan dia? itu baru fikir serumah, belum fikir pasal perangai dekat tempat tidur.

bagi padangan aku : ikhlas. terima baik dan buruk pasangan.

seboleh-boleh jangan cover depan pasangan. jadi diri sendiri lebih bagus.

ikut perangai mama aku, dia lebih suka point out kelemahan anak-anak dekat bakal pasangan dorang. contoh macam aku, aku tak reti masak. mama terus cakap je. mula-mula memang sentap. tapi bila fikir secara rasional, aku faham kenapa mama buat macam tu. sekurang-kurangnya bakal pasangan aku taw yang aku memang tak reti masak dan cuba untuk terima hakikat mungkin lepas kahwin dengan aku potensi untuk makan lauk sedap-sedap sangat rendah dan potensi makan lauk pasar malam sangat tinggi.

nampak tak permainan dia kat situ?

kata mama lagi, biar orang letak expectation rendah dekat kita dari mengharap benda yang kita tak mampu buat. contoh ; kalau mama canang aku pandai masak padahal masak ayam masak kicap pun kadang-kadang rasa tah apa-apa. tiba-tiba lepas kahwin mak mertua mintak masak briyani gam. nak buat macam mana?
sekurang-kurangnya bila pasangan kita taw kelemahan kita, dia akan cuba untuk terima kita dari awal. tapi kita ni pun jangan dah taw pasangan kita boleh terima kita pun relax je tak nak berubah.

kedua, kenapa aku cakap jangan cover depan pasangan kita?

here's the point, sekarang belum kongsi sebantal, banyak benda kau boleh sorok. cuba tunjuk diri sendiri dari awal. masalah perempuan, awal-awal kemain lembut bercakap. boleh berterabur gigi la senang cite. tapi bila sah je jadi bini, terus keluar perangai singa.
itu perempuan, lelaki pulak sebelum kahwin bukan main lagi, kalau boleh kentut tu kemain kau cover. memang betul, kalau boleh hormatlah tapi kalau dah kau memang kat rumah jenis kentut bersepah, agak-agak nanti dah kahwin kau boleh cover lagi tak? confirm tak kan? so kenapa dari awal tak nak tunjuk?

itu baru cerita pasal masak, pasal kentut. belum cerita perempuan pemalas, lelaki bukak spender bentuk 8. macam-macam lagi. 

sebenarnya niat kau nak kahwin dan persediaan tu paling penting bagi aku.
contoh aku niat nak kahwin dengan seseorang lelaki ni sebab dia handsome, dia tolong bukak pintu kereta aku, tolong dukung aku masuk rumah dan segala macam jenis benda sweet, awal-awal dah nampak kau just kahwin untuk benda-benda romatik je, benda baik-baik je. do u think that kau da ready nak terima buruk dia?

cuba tukar niat tu :
aku kahwin sebab aku suka bakal suami aku kaki kentut. hahaha. aku kahwin dengan dia sebab aku percaya dia boleh bimbing aku ke syurga dan dia ikhlas terima aku sebagai bakal isteri dia. aku sedia terima segala keburukan dia dan semoga dia pun terima segala keburukan aku.

Ikhlaskan hati, bersedia untuk semua yang baik dan buruk. selebihnya kita serah kepada Dia.

Ni my sincere view. Tapi aku sendiri tak tempuh realiti kehidupan berumah tangga. Hope I will be a good wife. Amin :)

No comments: