Thursday, June 13, 2013

rasukan candy crush

lately asyik distracted dengan candy crush. tapi still tahap boleh bendung lagi. harini kerja office bertimbun. actually takde lah bertimbun apa pun. tapi benda paling menyampah, kena tally figure dalam report and actual figure. pening kepala hoccay.

before lunch, kemain semangatlah aku dok tally report satu-satu. siap keluar lunch lambat segala. balik lunch, discuss sikit dengan budak office macam mana nak solve problem benda alah tu, tetibe kepala otak blank. aaa... sangat tak suka bila otak blank! sebab tetibe macam tak taw nak buat apa.

lepas tu dok menggatal layan candy crush, konon-konon nak release stress. amek kau, mengadap setengah jam. nasib baik ada level nak kena mintak-mintak barang itu ini. so stuck situ.

sekarang ni dok cara ilham lagi macam mana nak start buat kerja balik. dok keraskan hati jangan start candy crush balik. kang mau aku terlajak sampai lepas office hour.

aku wonder jugak, memang ramai ke yang macam aku? tiba-tiba je addict candy crush? tapi game kat facebook ni semua tak tahan lama pun. macam sim social la, sim city la, semua sekejap je. tapi addiction dia kemain taw. siap rasa macam ada hantu dok seru-seru suruh kau bukak jugak. padahal game bosan je kot. macam sim social tu ok lagi la, sebab kau kena buat macam-macam quest awal-awal tu. pastu dok kutip duit. lama-lama aku tinggal macam tu je.

ni candy crush ni pulak, aku main all over again. before this main kat tab pastu tab hilang. kena start kt fb pulak. pastu memang padan muka la. sebab kalau main kat facebook ni, boleh la coverline sket kan. so peluang nak bukak time to time tu ada. ish!

nak kena pi berubat ni. rasukan candy crush melampau ni sangat bahaya. lol! ok nak sambung main candy crush. eh!

No comments: