Monday, June 17, 2013

menabung

this past few months, aku decide to save up some money. kekadang menyampah bila cite kat orang yang aku tengah saving pastu orang dok sibuk la tanya aku saving sebab nak kawen ke ape ke. kenapa kalau tak nak kawen tak payah simpan duit ke cane? well, people think that nak kawen baru nak simpan duit gamaknya.

aku ni jenis committed dengan hutang bank. hutang orang pun same tapi aku jarang berhutang dengan kawan-kawan. so selalunya aku akan try commit dengan hutang bank sebab bahaya hutang bank ni.

aritu aku ade cakap pasal ni dengan one of my friend. dia bagi aku satu link yang aku rasa quite helpful. kekadang benda kita nampak kecik, tapi benda tu yang help a lot in the mission of saving money.

contoh : makanan. selalu kita makan ikut nafsu, bukan keperluan badan kita. kalau selalu makan 2-3 jenis lauk tu, kurangkan la. lauk maksud aku macam ikan, ayam and etc. so sekarang aku tukar 1 lauk and 1 sayur. not much sebenarnya. still kenyang kan? tapi it helps. dapat save dalam rm1 or rm2. kalau darab dengan 10 hari, dapat jimat rm10-20.

masalah aku is aku tak reti control duit. ada duit, aku jenis belanja. aku jenis fikir, aku tak merasa ni dulu. so sekarang ada duit sendiri, aku guna duit aku untuk beli benda yang aku nak. kekadang benda tak perlu pun aku beli jugak. bila sekarang ni baru terasa, banyaknya aku da bazir.

mungkin kalau dari awal aku sedar perangai suka membazir tak tentu pasal ni, aku rasa banyak da kot bole simpan. plus aku ni pulak jenis beli apa-apa tak fikir. beli dulu baru fikir. rebel tak tentu pasal.

sekarang ni banyak aku cuba ubah. shopping tu bole kata bila betul-betul perlu je. part makan, try not eat dekat big restaurant lagi. sesekali maybe. for now belum ada craving kat makanan-makanan mahal lagi. so selamat kat situ.

masa mula-mula aku nak get rid of the habits beli barang tah apa-apa, makan mewah-mewah, shopping ikut nafsu, sangat susah. tapi support from closest friend yang keep guiding me, pesan jangan beli benda yang bukan keperluan, remind me how to differentiate between needs and wants, Alhamdulillah, aku rasa aku improve a lot.

selalu kalau keluar pegi mana-mana mesti aku kena beli barang. aku bole cakap at least keluar dari mall, akan ada 1 beg barang aku beli. aku jugak tak reti nak melepak tepi-tepi jalan tak tentu pasal, so most of the time aku akan duduk cari port lepak like coffee bean or starbucks. honestly bukan sebab nak berlagak ke apa tapi aku selesa kat situ. aku ok je nak lepak mamak ke apa tapi kalau duduk sorang-sorang kat mamak, kau order air satu, lepak sorang-sorang baca buku, sabaq sat, confirm nanti kejap-kejap anney tu pandang kau atas bawah sambil buat muka tak puas hati.

tapi now, aku try la buat benda yang i dont have to spend so much money. melepak tu memang da kurang sangat-sangat. melainkan certain situation baru betul-betul keluar melepak. kalau tak, aku spend masa kat rumah, masak sendiri. much better.

so far takdelah banyak sangat duit aku simpan tapi banyak la benda yang before this aku tak bole nak cover, now aku bole cover.

No comments: