Saturday, June 29, 2013

Macam-macam benda

Today da 7 hari baba kat hospital. Since 8pm tadi aku kat sini teman baba. Tukar kejap. Normally abang-abang or adik aku akan jaga dr midnight sampai morning. Ni sebab ada bola kan, so aku jaga sampai habis bola.

Neway, nak cerita pasal ragam pesakit kat wad ni. Kat wad ni semua lelaki. Taw la bila wad lelaki ni selalu macam ragam kau jumpa. Ni tadi masa aku sampai bawak nasi ayam untuk baba aku, ada mamat ni lalu. So baba aku pelawa dia makan.

Aku tengok dia lalu dua tiga kali tepi katil bapak aku. Last sekali dia lalu tu, dia sergah "sedap nampakkk??" Aihh.. Aku ni pantang sikit orang sergah-sergah time makan ni..

Sebab fikir dia pun pesakit kan, malas aku nak layan.

Elok je dia pegi satu katil ke satu katil jadi doktor tak bertauliah dok consult patient lain.

Dia pegi kat satu katil ni dia tanya "haa.. Ni masuk sini sakit apa?"

Lepas tu dia pegi katil sebelah pulak. " Ni masuk sebab sakit jantung ke?"

Itu ok lagi. Dia boleh pegi kat katil atok depan and ckp "pakcik pakai la baju tu, macam mana nak baik? Saya rasa pakcik ni lagi 2-3 hari da boleh keluar."
Ewahhh.. Dia pulak jadi doktor khenz..

Tak cukup tu, kejap-kejap aku dengar dia cakap dengan nurse, lepas tu dengan doktor. Dia cakap dia nak keluar malam ni je, esok dia masuk balik. Siap janji bagai. Hahaha..

Baba kemain comel je tadi cakap dengan aku.. "Abah rasa wire dia putus lah."

Ni da sejam lebih tak nampak dia. Tidur la kot.

Ingatkan sorang tu je la. Ni tadi ada sorang lagi. Yang ni nampak macam da tua sikit. Tadi tu macam baru 30 lebih gitu.

Dia ni dok berlengging (tak berbaju). Jalan sana, jalan sini. Lepas tu cakap macam ada speaker hoccay.

Dia seriously nampak normal. Sekali tah apa benda merepek tah dia dok cakap. Dia ni lagi pandai dari doktor. Doktor masukkan air, dia cakap "eh tak payah, ayor ada banyak lagi."
Hamboiiii... Kemain pandai patient kat sini..

Baba pun apa kurangnya, dia lagi pandai dari doktor.. Dia siap mintak doktor cabut oxygen sebab dia cakap dia tak selesa nak tidur.

Macam-macam ragam orang sakit ni. Tapi kelakar.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: