Sunday, June 3, 2012

Selamat Ulang Tahun ke 37 Along.

semalam sambut birthday Along, my pet brother, yang ke tiga puluh tujuh. hehehe.. lama sangat tak jumpa. bertahun. last jumpa pun rasanya dalam 2 tahun sudah. imagine, aku jumpa Along masa tu dia agak berisi dan aku kurang isi lagi, sekarang, dia dah kurus dan aku dah terlebih isi. hahaha... duduk dengan Along, kak nurul dan dhani. tambah pula ada intan and daus, tak sedar langsung masa berjalan.

semua dirancang last minute. aku pun sebenarnya kepenatan malam tu. tapi kenangkan, dah lama tak jumpa along and kak nurul, aku gagahkan jugalah. plus, semalam birthday along kan. why not. planned jumpa dekat kayu, ampang jaya. on the way ke sana, singgah Baker's Cottage, beli ice cream cake untuk along. too bad, bb rosak, mr tabby as usual tinggal dekat rumah, so no photo. sob sob sob.. tunggu gambar dari along je. itupun kalau dia masukkan dalam facebook. settle beli kek, terus ke kayu.

sampai kayu, yang ada only kak nurul. tak nampak kelibat along and dhani. ingatkan along datang kemudian. terus tegur kak nurul. ish! jeles tengok kak nurul ni. badan macam anak dara. kurus kecik dan muka langsung tak berubah. makin cantik. cemburu! back to the story, tanya kak nurul, dia cakap along kat dalam mesra mart dengan dhani. best thing, along langsung tak tahu yang kitorang nak datang apa lagi pasal kek tu kan? hehehe... along still tak perasan kitorang dari jauh. sampai dekat dia terus speechless. ye, adik-adik along dah besar, kan? hehehe.. i love his expression. i am happy to see them. lepas rindu bertahun. they are not my friend but family. jauh, jarang jumpa tapi tetap sayang. best feeling ever!

terus buka kek, along lagi terkejut. tak sangka pun. i can see the happy faces there. tapiiiii.... kitorang dapat cucuk lilin 37 je, tak dapat nyalakan lilin sebab kipas kuat gila. kitorang paksa along pretend he's blowing the candle then snap photo. kelakar gila. lepak bersembang macam-macam cerita. dunia kami berbeza, tapi cerita kami sama. dhani dah mengantuk, umairah mula meragam, we all decided nak balik. harap-harap more outing in future. tapi nak kumpul semua tu, bukan senang. masing-masing ada urusan masing-masing, kan.

untuk along, semoga sentiasa bahagia. semoga lebih ceria. semoga terus sukses dalam hidup along. sayang along banyak-banyak!

No comments: