Monday, May 21, 2012

yang tak baik itu tak akan bertahan

kata orang, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya ke tanah jua. aku percaya semua dugaan yang Allah turunkan untuk aku selama ni, ada hikmahnya. bukan aku gembira atas apa yang terjadi. bersedih jauh sekali. cukup ringkas untuk aku huraikan di sini, tak kenal maka tak cinta. selama ni bukan semua orang ada di pihak aku. sekarang terkena batang hidung sendiri, aku harap mereka belajar dari kesilapan. cukup apa yang terjadi hari ini. moga tidak berulang lagi. Allah maha kuasa!

kesedihan yang aku tanggung berbulan-bulan akhirnya terhenti di sini. pembohongan demi pembohongan berakhir jua. walau bukan cara yang baik, tapi mampu aku katakan Allah masih menyebelahi kami sekeluarga. aku harapkan pengakhiran yang baik. biar hati aku terluka, jangan biar keluarga ku menyesal di kemudian hari. sesungguhnya semua yang terjadi ini adalah suratan takdir dari yang Maha Esa. perjalanan yang berliku harus aku tempuhi. Alhamdulillah, aku jadi manusia yang kuat.

aku sentiasa mendoakan semoga insan tersebut mampu berubah. benda yang buruk kita buat, tak akan bertahan lama. percayalah. air dicincang tak akan putus. sejauh mana kehebatan kau, akhirnya mereka di pihak aku jua. Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Allah. sesungguhnya Engkau maha adil dan maha kuasa.

No comments: