Friday, May 11, 2012

mimpi merepek

tak sangka dah jumaat kan? cepat betul masa berlalu sekarang ni. hehe.. salam jumaat people! anyway, nak cerita pasal mimpi pagi tadi. mama mesti marah kalau tahu aku cerita pasal mimpi aku kat orang. aku manusia yang bangun tidur je, terus lupa apa aku mimpi. kecuali nightmare. kuikuikui.. this time, not to say nightmare lah tapi still macam merepek.

aku mimpi kononnya aku ni ada kawan baik, bertudung, kurus and berkulit gelap. jangan tanya aku siapa sebab kawan baik aku tiga-tiga kulit putih. aku ni je black sheep. LOL! tapi yang peliknya, aku ni macam hilang ingatan ke apa aku pun tak tahu. aku tahu aku bangun tidur, kawan baik aku sms aku cakap nak jumpa kat satu mall. macam mall baru naik. kedai yang buka pun tak banyak. lepas tu dia bawa aku pergi kedai printing. orang tu bagi dia berkotak-kotak barang. then orang tu bagi satu contoh kad yang siap printed. aku nampak kat situ "walimatulurus ain kassim & .........". pelik, aku tak nampak nama lelaki tu. 

dalam mimpi aku tu langsung tak ada suara but aku faham interaction kami. aku nampak 10 jun 2012. yes, reception date. which is macam one month lagi. balik tu terus tanya mama, mama macam cakap (no voice ye) ada orang masuk meminang masa aku koma. budus! makin complicated kot. tapi yang peliknya aku excited! padahal lelaki tu pun aku tak kenal. pastu mama macam cakap nanti aku akan jumpa my future husband on the solemnization. tapi still aku excited siap sms kawan-kawan aku cakap nak lepak bagi good news. elok nak keluar lepak tu tiba-tiba bunyi "Krrriiiiiinnnnnnnngggggg" maha kuat kat tepi telinga aku. choyyy! kacau betul lah alarm clock ni.. aku konon-konon snooze kan. moga-moga dapat sambung mimpi then find out who's that guy. memang mimpi sambung, tapi tiba-tiba aku kena kejar anjing. cibs!

kelakar pun ada sebab, aku koma, ada lelaki yang minang time aku koma (ada ke lelaki sebaik tu?), pastu best friend aku tu pun aku tak kenal dia siapa. dia yang jaga aku sepanjang aku tak sedar tu dan paling kelakar kenapa atas kad tu aku tak nampak nama lelaki tu. *pengsan*. ok la nak sambung berangan.

No comments: