Wednesday, May 9, 2012

Fruit cake recipe

ramai tanya pasal resepi kek. yes, almost every week aku akan bake a cake. aku ni suka google. i love cakes. tapi tengok mood juga. anyway, aku terjumpa resepi ni dari one of my facebook friend. kak reen khan. suka tengok profile dia sebab dia suka snap gambar makanan dia in a very creative way. macam-macam style.

since dah jumpa kek senang ni, aku excited la nak membuatnya. sebab bahan-bahan dia sure korang ada dekat rumah tu. very basic ok. so aku tiru bulat-bulat apa kak reen tulis dalam blog. mula-mula buat tu macam was-was sebab rasa macam too easy and bahan-bahan dia pulak biasa je. tapi yes, aku kan gatal tangan. aku suka hati je tambah color. tak tahu kenapa gatal sangat. but the taste sedap boleh tahan.

ini namanya pemalas. sebab aku buat dikala orang semua sudah bersiap untuk tidur.



Excuse the picture quality. too excited to see the outcome. you know the feeling, bila kita rasa macam "mesti tak jadi!" tiba-tiba keluar, jadi. so happy. hehe! mama makan banyak juga malam tu. padahal dah lewat tapi sebab hidang kek ni, bilas dengan kopi. nyamannnnn... tapi aku makan sepotong kecil je sebab badan da penat. so here's the recipe :-

Bahan-bahan
 
1 biji buah limau sunkist
1 cawan minyak
2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Credit to :- kak reen

tapi kalau korang nak tukar-tukar buah tu pun boleh. instead of using Sunkist Orange, aku guna lemon. Happy Trying!

No comments: