Thursday, May 10, 2012

campur-campur

sebenarnya macam banyak benda yang aku nak tulis. tapi bila taip sikit, semua terbantut. mungkin banyak sangat sampai otak ni tak boleh nak decide which one is good to write. emosi a bit celaru. tapi sekarang Alhamdulillah, dah ok sikit. i'm letting go one by one. buat apa yang aku mampu je sekarang ni.

owh well, what's most disturbing problem is fikir pasal kerja. still waiting for official announcement ke mana arah kami nak tuju lepas ni.ye lah, nak kena atur masa. kalau driving, kena kira how long it takes to reach office, kalau naik train, berapa lama and berapa pula expenses nak ke sana. lepas ni dah tak boleh nak lewat-lewat dah sebab atas nasihat kawan-kawan dan pendapat dari mereka-mereka yang pernah kerja dengan my new boss ni, dia tak suka orang lewat. sebab dia selalu awal pagi dah masuk office.

that's me, aku lately selalu sampai lepas dari 8.30 pagi. dah terbiasa sebab boss dulu tak berapa kisah. waaaa! lepas tu nak kena get use to my new role. awal bulan hari, terkejar-kejar aku buat kerja. out of sudden aku kena handle banyak. tapi still suka je. aku suka benda baru. aku rasa apa yang aku buat selama ni dah lama sangat. benda ni macam sparks of hope pun ada. lol! ye la boleh kata, aku agak lost sejak dengar macam-macam berita pasal office. tapi Alhamdulillah, everything getting better now. kira dah boleh senyum la sekarang ni =)

in terms of financial, boleh kata sekarang ni ada improvement. sejak dari bulan lepas, aku cuba untuk bawa bekal ke office. really, it helps a lot. sekarang breakfast and lunch semua dalam office je. ye la nak keluar pun buat apa kan. bawa bekal ke office ni membantu in terms of financial and time management. especially time lunch. mana nak kejar makan kat luar, mana nak kejar kerja tak siap. sekarang no rush. i can finish my works first, bila lapar baru buka bekal dan makan. memang dekat office ni pun ada cafe/bistro tapi makanan kat sini agak expensive. sekali makan untuk lunch sahaja kena get ready rm10. itu baru lunch, belum breakfast lagi. breakfast kena get ready rm5. sehari spend dalam rm15 darab dengan 20 hari.

dulu seminggu dekat rm100 i need to standby. sekarang ni, Alhamdulillah. rm50 pun dah lebih dari cukup. ikutkan dulu memang aku kencang betul guna duit. lepas dah start bawa bekal ni, tiba-tiba terasa kenapa tak mula dari dulu. mungkin dah banyak yang aku jimat. hahaha. dekat office aku sendiri ada few foreign staffs. dalam satu kumpulan tu, boleh kira berapa kali dorang makanan cafe ni. selalunya, dorang bawa bekal. even kalau omputih pun, bawa bekal ke tempat kerja ni macam culture. mungkin ada yang cakap, omputih takpe, deme bawa sandwich dah cukup. kita tekak orang asia mesti nak nasi. aku pun kot, mesti cari nasi. so what i do, malam before tidur, masaklah nasi. esok bangun buat nasi goreng pun ok je. cuma sekarang, mama aku kadang bekalkan sandwich for breakfast, nasi for lunch.

ada sesetengah orang rasa malu. "eleh, macam budak sekolah je bawa bekal.". mentality orang, aku takleh nak larang. ada budak office aku, cina, hari-hari bawa bekal. pergi dan balik kerja, parents ambil.  i don't see any problem with it. berjaya juga aku tengok dia. kejap-kejap fly oversea. mungkin orang kita pun patut start culture ni. bagus taw! boleh jimat masa, jimat duit. once a while nak merasa makan mahal, tak salah pun. mungkin dalam sebulan 2-3 kali pun tak jadi masalah. tapi kalau hari-hari nak merasa makan Mc Donald, melampaulah. hehehe..

ok rasanya macam dah panjang sangat aku merepek ni. kejap-kejap lagi kalau rasa ada benda nak merepek lagi, buat entry baru pula. hahahaha!


TaTa------Assalammualaikum :)

No comments: