Monday, April 9, 2012

selamat jalan, kawan

pagi tadi i've received sms' from dyan. 3 msg, 2 msg pertama dyan sent around 3.30 pagi dan yang ketiga, around sejam kemudian. tapi sebab aku keletihan semalam, aku memang tak sedar sampai pukul 6.30 pagi. tersedar sebab dyan call banyak kali. itu pun x sempat angkat. i noticed those sms' so cepat-cepat buka dan baca.

telefon terlepas dari tangan. aku yang mamai terus tersedar. dalam hati masa tu " Ya Allah, mimpi ke aku ni?". tak percaya. satu ayat yang betul-betul buat aku tergamam


" ain, Huda dah meninggal."



sungguh-sungguh aku ingat semua tu mimpi. boleh faham tak perasaan aku masa tu? baru terjaga dari tidur, dalam keadaan mamai, aku baca mesej macam tu? tak percaya! aku baru tweet dengan dia 2-3 hari lepas. aku baru tweet semalam minta kawan-kawan twitter aku doakan Huda cepat sembuh. air mata aku mengalir je sampai lah aku selesai mandi. 

aku tak rapat dengan dia, apa lagi nak panggil kawan baik but knowing her personally, she is friendly actually cuma pendiam. mungkin sebab tu aku susah nak 'masuk' dengan dia. tapi dia baik. her boyfriend is her world. betul la, baru aku faham apa itu cinta mati. ini cinta mati. berat dugaan Shakur. aku hanya mampu doakan semoga Shakur terima ketentuan Allah ni. think positive, Allah tak nak Huda terus-terus menderita sakit.

kawan-kawan, tolong sama-sama doakan NURUL HUDA BT BAHARUDDIN semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Note : Huda seorang blogger juga.

No comments: