Monday, April 16, 2012

rancangan tergendala

angan-angan nak buat kuih seri muka tergendala. sedih! sempat beli bahan-bahan lepas tu prepare lunch untuk baba and terus gerak ke Pavilion. my sister ajak ke Ben's. dari jumaat tu aku cuba elak. tumpas jua. heh! padahal memang gatal sangat kaki tu nak berjalan. dah lama tak ketuk kuman memang macam ni.

too bad, sampai Pavilion tengok Ben's tutup. renovation kot. aku pun tak berapa sure sebab aku just baca sekali lalu je. tutup dari 9 April sampai 21 April 2012 tak silap. masing-masing dah terkulat-kulat dah. sebab memang dah plan nak makan Pavlova kat situ, sekali tengok tutup. since dah sampai sana kan, my sister and my brother in law sempat shopping. aku pun tumpang selit-selit.

kedai pertama tuju supposed charles & keith sebab my sister cakap dia nak beli kasut baru, konon kasut dia pakai tu dah ketat. citt.. pandai betul cari alasan nak shopping. unfortunately kedai tu dah tukar tempat. kebetulan, we saw cotton on. Ya tuhan, boleh gila masuk kedai tu. agak-agak kalau bawak seribu ni, memang satu kedai aku borong. affordable! lepas tu, latest design pulak tu. dapat grab 2-3 helai which i thought must be over 100. sekali sampai counter, tak sampai rm80 pun. good!

so after settle semua orang punya barang, my sister tetap nak pergi Ben's sebab pavlova dia sumpah tempting! kebetulan, KLCC and Pavilion dekat. so kitorang just pusing sikit dah sampai KLCC. sepanjang jalan tu memang doa banyak-banyak Ben's tak tutup sebab masa tu dah kelaparan. sempat breakfast je. masa tu dah dekat pukul 8.30 pm kot. sampai KLCC terus cari Ben's.

my sister confident gila cakap tingkat 4, sekali aku tengok directory tingkat 1 ok. boleh buat gaduh tahu! orang dah kebuluran. nasib baik lift kitorang guna tu tak ramai. so turun balik, tengok dia dekat dengan Harrods. nasib baik buka! tapi kena que pula but not as bad as que dekat Chilis. so takpe, redah je. lagipun tak ramai yang menunggu. kepala otak dah siap fikir nak pavlova. hahaha! later, around 10 minutes waiting, dorang panggil. yeayy!!

first order. i didnt eat main course. so i ordered this!
Om nom nom nom.. haha! tak boleh tahan, so we ordered another one. memang sedap and highly recommended!
  
caesar salad add salmon. i finish half of the plate. sedap.

My brother in law's meal. dia cakap sedap gila. berbaloi lah dengan harga dia rm29.90. Ben's Special under Asian Menu.
ada sambal udang, ayam goreng (quater), short ribs rendang, pucuk paku, telur masin & keropok ikan. boleh makan sampai pengsan. :P
tak sempat nak snap my sister punya steak. sedap juga. we finished everything. hehehe. kitorang sangat-sangat berpuas hati. sedap dan berbaloi. mahal? standard harga Delicious. for us, we go for quality. disebabkan kesedapan pavlova tu, we ta pao for mama! mula-mula mama malu-malu sebab manis sangat. lepas tuuuuuuuu... beberapa saat sahaja, hilang semua. sampai pukul 12.30 malam, me and my sister still talking about the pavlova. so, siapa-siapa yang nak pergi tu boleh tengok sini : Ben's

No comments: