Friday, April 13, 2012

Friday is a flyday

ok people, aku dah getting better now. aku dah managed to force myself to accept that arwah dah takde. still sad tapi kita yang hidup mesti teruskan. ok for your info, aku bersemangat blogging balik sebab arwah. i can tell that she inspires me! tapi yet, i never told her all this. compare my blog with her, jauh panggang dari api! malu lah. hehehe.

anyway, its Friday! which means, esok weekend. so what's your plan for tomorrow? esok rasa nak main masak-masak. nak try buat kuih. bila sebut kuih-kuih je aku senyum sorang-sorang. nak buat kuih apa ye? oven dah ada. mixer pula missing in action. kena dig out dekat store belakang ni. baba aku suka 'simpan' barang kat belakang. semak katanya. aish!

firstly nak try buat kuih seri muka. i tried once, menjadi. tapi dah tak jumpa mana resepi tu. simple dan sedap. which is one of my favorite. so ingat esok nak try lagi. this time nak try resepi lain. hasil dari google. here is the recipe :


Bahan (Lapisan Bawah):-
  • 2 cawan pulut - rendam 3 - 4 jam
  • 2 1/2 cawan santan cair (akak guna 1 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air)
  • 1 sudu teh garam halus
Bahan (Lapisan Atas):-
  • 2 cawan santan pekat (akak guna 1 cawan santan Kara + 1 cawan air)
  • 3 sudu makan gula pasir
  • 3 sudu makan tepung gandum
  • 3 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh garam halus
  • 1 biji telor
Cara (Lapisan Bawah):-
  1. Basuh dan toskan pulut. Masukkan pulut ke dalam loyang bulat 8 inci. Ratakan.
  2. Kacau sebati santan cair dan garam dan tuangkan ke dalam loyang berisi pulut dan kukus selama lebih kurang 25 minit/hingga pulut masak.
  3. Tekan-tekan pulut dengan penekan kek lapis atau gunakan plastik. Tekan biar padat. Sediakan bahan lapisan atas.
Cara (Lapisan Atas):-
  1. Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. (sukatan di atas sebenarnya mmg banyak, cuma akak jek tuang x habis sbb loyang dah tinggi dgn pulut sbb guna loyang 7 inci..huhu)
  2. Tuang perlahan2 ke atas pulut yang ditekan tadi dan kukus selama lebih kurang 30 - 35 minit. (Balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar air wap tidak menitis ke atas kuih).
  3. Sejukkan kuih betul-betul dan potong.



next, saya nak try buat agar-agar santan gula merah. resepi aku akan ambil dari mama. kalau menjadi aku try tepek dekat sini. kalau tak jadi, korang buat lupa je. bhahaha.. owh ya, that day aku try buat agar-agar santan pandan. selalu orang buat letak telur putih but aku tak letak. rasa macam pelik je. mama cakap aku yang pelik sebab all the while beli dekat luar tu semua letak telur. bahan dia simple je.

Bahan-bahan :
    •  peket agar-agar (25g tak silap. ala, giant jual rm2.40 tu)
    • 1 kotak pati santan (sila pakai santan kara atau ms- kotak kuning tu. sedap untuk buat kuih)
    • gula 1 senduk gula (kalau rasa nak kurangkan lagi boleh kurangkan lagi)
    • air 250ml
    • pewarna hijau
    • daun pandan
    • garam secukup rasa
cara-cara:
  • cair kan agar-agar dengan 250ml. masuk kan daun pandan sekali. 
  • masukkan pewarna dan gula. masak sehingga mendidih.
  • dalam periuk berasingan, masakkan santan dan sedikit garam. note : garam ni untuk melemakan santan tu lagi. 
  • agak-agak santan tu dah nak mendidih, kecilkan api. tapiskan agar-agar yang dah dicairkan tadi dalam periuk santan tu. kacau sampai mendidih. (agak-agaklah sebab kalau ikutkan dua-dua dah cukup masak. tak perlu nak tunggu mendidih pun tak ada masalah.)
  • dah kacau semua sebati, tutup api. masukkan bahan-bahan tu semua dalam satu loyang kering. please make sure loyang tu kering. kalau tak, agar-agar tu akan cepat basi.
  • sejukkan. dah sejuk baru potong ye. kalau tak nanti pecah agar-agar tu. makan sejuk-sejuk. nallarekek! :P
resepi di atas dari cara aku sendiri. aku buat menjadi. so memang explanation entah apa-apa sikit. tapi still, benda ni sangat simple and worth to try. hehehe..

actually, aku minat sangat-sangat memasak ni. sebab aku dapat kepuasan every time aku masak. tak kisahlah masak apa pun. ayam goreng sekalipun. sekarang ni kalau mama tak masak, aku ambil alih kerja memasak. masak ni memang kena minat. kalau tak ada minat, telur goreng pun boleh jadi hodoh. hik hik hik! *gelak gatal*. apa kata weekend ni kita duduk rumah main masak-masak. kalau keluar pun still need money kan?

happy weekend everyone!

No comments: