Monday, April 23, 2012

damansara oh damansara

last weekend aku satu family ke ikea, damansara. rasanya last pergi sana tak adalah lama sangat. jalan dah berubah. makin complicated aku rasa. sebab sebelum ni tak adalah nak pusing-pusing or bercabang. kakak aku yang so called datuk bandar tu pun confused. mungkin sebab kitorang ikut jalan dari KL sebab tu jadi makin complicated. ikut pada kawan aku, dia cakap ikut highway DUKE tak susah sangat.

as you know, aku ni kan beginner driver. sticker P tak tanggal lagi. so macam takut juga nak lalu ke area tu. huwaaaaa.. dah lah diorang kata kemungkinan tempat kerja aku akan pindah ke area sana. masak lah aku! tambah-tambah waktu puncak. semua orang berpusu-pusu nak balik. ni baru je ber 'bbm' dengan kawan aku. dia pun advise ikut DUKE je senang. lagipun lepas ni aku nak kena drop sarah dekat area taman permata/keramat then baru balik.

ikut hati rasa macam nak sewa je rumah area damansara. kenangkan living cost kat sana yang surely high tu, terbantut hajat. ingat nak naik public transport tapi bila calculate balik, lebih kurang je. maybe lagi mahal. so baik drive even penat sikit la. tapi nak buat macam mana kan. itu sumber rezeki aku. mama ni macam dah risau lebih sebab kebetulan haritu ada kereta melakukan aksi 'mencium bontot' kereta. depan mata..waaaa! sangat takut ok. aku yang memang sengal ubi when it comes to the road, lagi la takut..*lari laju-laju langgar dinding*

sedih pun ada sebenarnya bila fikir-fikir nak tinggalkan bukit jalil ni. masuk tahun ni, ke 5 dah aku berulang alik bukit jalil. aku mula bekerja dari umur 18 tahun sampailah sekarang, 23 tahun. dah macam tempat aku membesar. dari kurus sampai dah gemuk. dari naik LRT sampai dah berkereta. aku setia sangat! hahaha.. takdelah setia sangat sebab aku penah je berhenti dari company ni dalam setengah tahun macam tu. then following year tu dapat offer kerja sini balik. miew miew miew...

lepas ni dah takdelah swimming pool, sauna, gym, squash and badminton court. orang kata, masa benda ada depan mata, kita tak hargai langsung. sekarang bila dah tahu nak kena pindah, baru nak emosi bagai. ala, sebenarnya takdelah nak sangat guna benda-benda tu. just nak tengok benda tu ada. pastu bila cerita kat kawan-kawan "office aku ada swimming pool..." sambil buat muka berlagak. lepas tu kawan-kawan cakap "ada swimming pool bagai, tapi kau makin gemuk." miew miew miew.. ok lah, nak sambung buat kerja. membebel je dari tadi.

ehhh.. kejapppp...

"SELAMAT HARI ISNIN. HAIIIPPP!! JANGAN TIDUR BAWAH MEJA PLEASEEE...."


No comments: