Tuesday, April 10, 2012

Dalam Kenangan - HudAoki 9 Disember 1989 - 9 April 2012

refer back to my previous entry pasal kawan aku yang passed away semalam. aku still tak percaya. kejap rasa ok, kejap rasa sedih. i forced myself not to cry. ye, aku tak nak arwah terseksa. tak tahu kenapa aku emotional sangat. nak kata aku rapat, tak. jumpa depan-depan awkward. cuma kali terakhir aku jumpa dia which is masa tunang abang Shakur, Ali dan Dyan. huda naik satu kereta dengan aku. itu la yang pertama dan terakhir dia naik kereta aku. aku rasa macam banyak juga aku borak dengan dia. kalaulah aku tahu, aku nak borak lagi panjang dengan dia. sempat juga aku menyakat dia sebab balik tu dia lapar then terus grab keropok lekor. aku dari luar tengok dia terus ckp "lapar nampak?". sambil senyum dengan tangan pegang keropok lekor tu dia jawab "a ah, lapar pula."

macam aku cakap, dia pendiam. mula-mula jumpa dia, aku ingat dia sombong. tapi bila kitorang start add dekat facebook, then tukar bbpin, sampailah kitorang starts to follow each other on twitter, baru aku tahu huda ni bukan sombong. dia jenis banyak cakap 'alam maya'. tak semua orang ada kepakaran bercakap tanpa henti macam aku ni. my bad for assuming that huda is sombong! she is totally not. kitorang banyak ber 'bbm and twitter'. aku tak tahu pun yang dia blogger sampailah aku perasan dia post dekat wall dia every time dia update blog dia. so a bit here and there, aku dapatlah kenal dia slowly.

mungkin sebab-sebab ni lah aku jadi makin sedih. sebab masa dalam kereta tu, aku ada tanya health condition dia semua. dia cakap dia dah fully recover dari penyakit tu. tapi past few months ni dia ada mengadu dekat twitter (mostly aku tahu dari twitter) dia sakit and dia macam tak cukup nafas. tapi dia tak tahu dia sakit apa. teringat dia ada cakap dalam kereta "doktor suruh buat check up nanti, dia nak check jantung i. takut juga sebab tak tahu kenapa dia nak check jantung i." aku sedapkan hati masing cakap maybe doktor nak pastikan dia dah betul-betul sembuh kot. dia just cakap "maybe lah.". orang kata, sebelum orang tu 'pergi', orang tu akan dapat tanda-tanda. tapi kita tak akan tahu sampailah orang tu dah tak ada.

semalam lepas dapat mesej dari Dyan, aku ada tweet pasal pemergian Huda. sampai office aku cepat-cepat search dekat twitter. masa tu serius, aku harap benda ni satu gurauan. tengok ada sorang budak lagi post yang Huda dah tak ada. aku still tak percaya until Dyan mesej bagitahu dia dah sampai kampung huda. benda ni bukan lagi main-main ke mimpi ke. it is real! aku hanya mampu sedekah Al-Fatihah dan doakan semoga proses pengebumian arwah berjalan lancar. Alhamdulillah, everything goes well.

around 7ish aku start dapat retweet notification. mula-mula seorang lepas tu makin ramai. bila aku search, rupanya diorang baru tahu yang arwah dah tak ada. emosi balik lah aku. baca satu-satu tweet diorang. aku pun start buka balik tweets dia semua. ramai sayangkan arwah. ye betul. dia baik dengan orang. ramai terasa. aku buka balik mentions nampak tweets dia yang last.aduh.. lagi bertambah emosi! emosi melampau sampai terbawa ke tidur.


aku buka blog dia, banyak entry dah di'delete'. gambar-gambar dia tak bertudung semua dah deleted. see, semua sayangkan dia. Alhamdulillah. tapi menitis air mata baca first entry dia yang tak delete tu. T___T

anyway, this picture taken from twitter. aku ada reply twitpic dia. she looks good with tudung on, kan? huda, ramai rindu you. kalaulah you ada and you boleh baca semua ni, mesti you bahagia. so long and goodbye NURUL HUDA. you'll be miss! i tahu you tengah berehat dan tenang di sana.

BERSEMADILAH ENGKAU DI SANA, WAHAI SAHABAT.AKU AKAN MENYUSUL KEMUDIAN.

AL-FATIHAH........ 


Update : aku baru baca wallpost adik dia tadi. for those yang tertanya punca kematian arwah please refer below. harap-harap tak ada kekeliruan lagi.

"Zaza Aoki utk sahabat arwah,arwah meninggal akibat pneumonia with septicaemic shock.harap maklum"

4 comments:

Fadhilah Mn said...

i'm crying while reading this entry :(

ainkassim said...

Dont be sad.. She still with us :-)

Huda Luna said...

i menangis tgk gmbr dia pakai tudung ni. manis sgt. dia mesti lebih manis dekat sana kan. dia mesti cantik sgt.

ainkassim said...

Huda luna: Insyallah.. Kita sama2 doakan dia ok? Dont cry, nanti arwah sedih tengok kita..