Sunday, March 18, 2012

taaz [dot] com

sempena hujung minggu di tengah bulan ni, i bet most of us boring kan? yelah, dah tengah bulan ni sure ramai duduk rumah "makan angin" kan? ok nak suggest korang cuba website ni. perempuan sure suka ni. kan kan kan? boleh feeling J.Lo, Kim K and many more. actually i found this website quite sometimes dah tapi before this mana ada masa nak godek-godek benda ni kat office. 

ok for those yang kenal aku, sure tahu aku bukan manusia suka make up. even pergi office pun. aku hanya make up once in a blue moon. even masuk meeting ke apa ke, memang idok ler teman nak ber'make up' bagai. kalau aku make up surely orang akan tanya "wow, make up harini? dating lettew." so dengan taaz[dot]com ni, merasa ler teman make up umpama film star sambil tukor-tukor ghambot.

sambil buat benda ni, sambil aku gelak. sekali tengok macam drag queen pun ada. ha ha ha. muka besar kuali aku, dengan foundation putih macam opera cina. memang cantik. tapi bak kata Adnan Sempit "Di mana ada kemahuan, di situ ada highway", pelik benor dia punya motto hidup. so aku gigih juga lah buat. sekarang ni pandai sikit nak adjust sana sini, so takdelah nampak macam drag queen dah. tapi muka, tetap besar kuali yer adik-adik.



jangan tanya ni rambut artis mana ok, sumpah memang tak ambil tahu. aku tahu click je. actually aku try apply foundation yang tanned sikit, hampeh! muka aku nampak macam perempuan baru lepas terbakar. ha ha ha. tiba-tiba terasa nak sangat try rambut-rambut macam ni. feeling ok! mihahaha... tadi aku upload la buat profile picture aku kat facebook. (note : my profile picture private, boleh tengok kecil je). ramai tak percaya tu muka aku sampai ada minta link nak tengok. aku cakap betul its me tapi i put on make up VIRTUALLY lah tapi. bhahahaha.. muka macam aku ni, mau kena mintak Elle Rahman ke, Saidatul Nisa ke yang make up kan (amboi, demand kau yer). kalau idok, takde ler bezanya muka teman ni. 

seperti biasa, my bestie dyan sure tak puas hati punyakan. so aku upload lah gambar-gambar ni khas untuk dia. dia cakap most of the hairstyle kena dengan aku. mau tak kena? dah tentu rambut tu tebal. nak harap rambut nipis ku ini, memang dalam mimpi lah nak dapat hasil yang sama. serious, rambut tebal memang membantu untuk tutup muka besar kuali tau! tapi, too bad rambut aku nipis sangat. sadddd!

last but not least, aku memang nak sangat-sangat try rambut pendek. i tried once, cekalkan hati nak potong rambut nipis. sampai saloon, orang tu tak bagi potong extra short sebab rambut aku nipis and halussss (ikut gaya harith iskander)! hancur musnah harapan acik. so dengan adanya taaz[dot]com ni, merasalah aku berambut pendek. tak percaya ? Scroll!!












































Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...................


honestly, aku rasa aku sangat mak cik , mak cik ok! tapi dyan cakap i look fresh. fresh sangat! tak tak tak.. tak suka!! tak nak buat lah. baik feeling Kim K version gemuk. muahahahaha.. but still, one day i'm gonna cut my hair super short! :P


Adios!

No comments: