Thursday, March 1, 2012

29.2.2012

Harini semua orang rasa special day sebab hanya datang 4 tahun sekali. I'm expecting for a good day today tapi to be true, harini sangat sedih! Sangat luar jangkaan. Mungkin silap aku juga mengharap tapi siapa yang tak mengharap oi?
Since tahun lepas company aku kerja ni bayar gaji 30 haribulan. Sebab bulan ni hanya ada 29 hari,jadi gaji dapat awal sehari. Apa yang buat aku hampa bukan sebab gaji lewat, sumpah tak. Aku sedih sebab aku mengharap KPi keluar bulan ni. Kira KPi ni bonus untuk kami lah. Orang lain semua dah sedap makan duit bonus tapi kitorang je tak merasa lagi. Silap aku juga sebab dah rancang duit tu semua nak buat apa. Tiba-tiba bila check akaun, masuk gaji sahaja. Hampa di dada! :p

Lunch tadi aku,Iela and Sarah lunch dekat Giant Kinrara. Iela belanja resepi rahsia. Nasib baik mak cik tu sangat baik hati sebab belanja kami dua 'Mok Mok' ni makan. So kiranya sedikit sebanyak Chicken Cordon Blur mengubat hati yang lara. Padahal masa tu tak tahu lagi yang KPi tak masuk bulan ni. Sepanjang lunch tu asyik gelak je. Sarah banyak kali cakap "gelak lebih-lebih nanti nangis!" Tak sangka right after masuk office, engineer terus tanya " bonus tak masuk lagi ke bulan ni? I check takde pun!" Nak gugur jantung dengar.

Ni tadi tengok Timeline twitter, my friend pun complaint about having a bad day,today. Sad! Ahmad called tadi pun cerita benda tak best. Sedih sangat tau bila dapat tahu mostly kawan-kawan aku having a bad day. Takpelah, semua benda terjadi ada hikmah kan? For me, I can only wait and see. Anyway, aku attached sekali gambar Chicken Cordon Blue tu,maybe boleh jadi pengubat jiwa luka untuk korang juga? :P

No comments: