Friday, February 24, 2012

kenangan dan selingan

tadi view my friend's twitter. tengok her recent pictures update and i found something yang betul-betul flashback kenangan. for your information, i was born on 1989. masa tu komputer hanya dimiliki oleh orang kaya je. i am proud to tell you guys, i used to have such a perfect life previously. ha ha ha.. sekarang semua internet. fingertip kata orang. budak-budak sekarang mungkin tak merasa dah apa aku rasa sekarang. my nephew umur 7 tahun dah pandai main galaxy tab, ipad and macam-macam lagi. when i was at his age, apa aku buat to have fun?

aku main getah. aku sama ada paksa mama or baba belikan sebungkus besar getah atau kumpul getah bungkus nasi lemak. kena sorok dari mama, sebab mama suka bungkus makanan so she will use all the getah. heh! derhaka sangat. it was fun. getah ni wajib ada 3 pemain. 2 orang kena pegang, sorang lompat. sebab tu kecik dulu aku kurus melidi. melompat je kerja aku.kalau let say ada 2 orang je nak main, we got another option. ikat dekat tiang. ha ha ha.. nasib baik dekat halaman rumah ada tiangkan. tapi masa tu, nothing can stop us from having fun lah. ada je benda nak buat. ok NEXT!

Lompat tikus. aku jarang main benda ni sebab aku paranoid lebih. terbayang what if dorang salah lompat? jatuh atas tangan aku. most of the time, aku prefer main getah instead lompat tikus. he he he..

rounders. zaman aku ada lagi rounders ni. kitorang main dekat kawasan lapang. kalau tak lapang, kau tunggu bapak-bapak kejar kitorang dengan senapang. benda ni perlu skill, tak boleh cover cun, kena lari laju-laju. lepas dah bosan main pukul-pukul bola dengan kayu, kitorang tukar game bola beracun. ini kalau pakai bola rounders ni, confirm menangis kena shoot dekat badan. sakit woo.

ceper/tutup botol. dulu senang je nak dapat benda ni. sekarang kena beli ok. hari tu anak buah aku beli,mahal.  padahal dulu-dulu, kitorang pergi minta je dekat kedai-kedai makan. aku tak suka main ni sangat sebab aku ratu, ratu kalah. jari aku pendek-pendek. setiap kali baling sure semua tak dapat diselamatkan. so sad.

batu seremban! ni suka. suka main tapi selalu kalah atas alasan yang sama seperti di atas. masa sekolah, habis je exam, masing-masing nak bawa batu seremban main dalam kelas. siap ada yang buat berniaga ok. tengok, kecik-kecik dah pandai cari duit sendiri. aku tak jual la, aku habiskan duit parents aku membeli. ish.. ish.. ish.. not good.

he he he.. ini paling suka. suka sangat. kadang-kadang dari jauh dah dengar bunyi hon babu roti. masa tu kelam kabut turun bawah minta mama seringgit (dulu-dulu seringgit tu banyak sangat). masa tu lah nak tengok mama tiba-tiba buat-buat tidur lah apa lah. beli benda ni sekadar nak ambil mainan dalam tu je. dia punya coklat tu buang. tak sedap. mainan tu pula, mostly benda mengarut-ngarut. dah beli, selalunya mama akan start bebel kata membazir. at least tak macam budak-budak sekarang. benda ni semua tak pandang. mainan dalam kotak bagi diorang, mainan yang datang dalam happy meal atau chicky meal. *pengsan*

last but not least, ini biskut kegemaran. kalau nampak benda ni, mesti kegembiraan. mau tak, dah lah warna warni, sedap pula tu. selalunya aku akan makan biskut dulu lepas tu baru makan gula. hasilnya boleh dilihat sekarang. ha ha ha.

see, how fun is our life back then? best kan? best kan?

No comments: