Monday, September 19, 2011

Gigih

Hello there!
Lama betul tak post anything.Nak kata sibuk raya, takdepun.Takde mood nak menulis langsung lately.Ni pun baru nak ada mood sebab dari tadi Google resepi Pavlova. Korang pernah dengar tak pasal pavlova?? Jarang-jarang la bila aku sebut Pavlova orang tahu. Jarang ok bukan takde langsung. Sebenarnya aku da agak lama mengidam (nafsu je tu) nak makan, tapi tak sure kat mana ada branch Delicious (cafe/restaurant) I bet kalau korang try yang Delicious punya surely korang pun jatuh cinta.

So nak hilangkan perasaan teringin aku pun gigih google sana sini resepi. I tell you,kalau aku bagi korang makan apa yang aku buat which is start early of this month tu,mahu-mahu sampai satu tahap,korang muntah hijau kena telan benda alah tu.Serious aku jealous bila orang buat sekali menjadi padahal aku buat berkali-kali. The funniest part sampai satu malam ni,aku baru keluarkan kotak mixer, mama dah warning "Simpan balik mixer tu." and yes banyak kali aku cuba,awal-awal cuba tu (around 5 times juga kot) setiap kali keluarkan dari oven lembik. lepas tu memang rasa tak sedap langsung. Don't ask berapa banyak yang aku da bazirkan. Semua masuk tong sampah. Aku ni memang jenis manusia yang kalau benda tak turn out to be what I expected,aku akan try sampai jadi.

So until this one day aku gigihlah google apa guna each of the ingredient (bila dah taw kegunaan satu-satu bahan tu at least kita boleh agak berapa banyak nak guna dan apa jadi kalau tak letak kan?). Dah dapat apa yang aku nak, balik kerja terus buat ok.Gigih sangat,kan?Finally malam tu jadi jugak aku buat. Memangsyok habis bila jadi. Terus tweet and upload pic kat fb. Excited toksah ceghita la kan. Bagi mama semua rasa. Tapi mama la macam tak suka sebab Pavlova ni base gula dengan putih telur. Gula tu memang agak banyak la. Sebab tu nak makan pavlova kena lawan dengan buah masam. Get it? Get it?

So here's the recipe and info of the ingredients.


Pavlova
Bahan-bahan untuk Meringue :- 

  1. Telur putih (Suhu bilik) Size telur : Gred A-3biji telur
  2. Gula Kastor (kastor sugar) untuk 110g (untuk 3biji,kalau nak kurang, boleh kurangkan)
  3. Tepung jagung/corn flour (ni untuk rangup kat bahagian luar) 1 1/2 - 2 sudu besar
  4. sesudu teh cuka putih/cream of tartar (ni untuk marshmellow,bahagian tengah meringue tu)
Tips :-
  • jangan letak lebih tartar of tartar tu (boleh beli kat any supermarket eg: Giant/Tesco) or white vinegar (normally aku guna jenama Heinz,pun boleh dapat kat supermarket) sebab nanti kalau letak lebih,meringue akan jadi masam dan rasa sangat pelik unless korang memang suka benda pelik. Meringue sepatunya manis sahaja.
  • Gula kastor tu aku selalu sukat ikut suka sebab some of kita ada yang tak suka manis.So boleh kurangkan. Tapi ikut kan sukatan asal 1biji telur putih kena letak 55g gula kastor.Aku da buat,outcome dia super manis sampai sakit gigi. haha!
  • Telur putih tu masa nak asingkan antara telur kuning and telur putih, kena make sure bekas telur putih tu mesti bersih dari sebarang kotoran or bendasing macam minyak or air. MESTI BERSIH. kalau kita beat putih telur tu dalam bekas yang ada bendasing, trust me, telur tak kan kembang gebu.Kalau tak silap masuk angin or something. Lagi satu,kena make sure kuning telur tu sikit pun (even setitik) pun tak boleh masuk/bercampur dengan putih telur tu. Ada orang ajar,sejukan telur tu dulu,asingkan masa sejuk lagi senang and biarkan telur putih tu kat luar sampai hilang sejuk tu baru start pukul.
Cara-cara /Method :-
*Sila panaskan ketuhar pada suhu 160-170 darjah selsius selama 15-20 minit sebelum.
  1. pukul putih telur tadi sampai kembang dan gebu. Sorry memang tak ada estimation time untuk pukul telur tu sebab kadang-kadang telur ada yang cepat kembang dan ada yang lambat kembang. Pukul sampai kembang gebu (warna putih).
  2. dah kembang putih telur tu,masukan gula satu sesudu demi sesudu. Jangan tuang semua. Sambil tuang tu mixer jangan berhenti. Dah masuk semua gula, pukul lagi sampai korang tengok adunan tu da berkilat atau korang try la rasa sikit adunan tu,kalau still ada rasa gula tak hancur,teruskan memukul.Meringue tu dah jadi kalau adunan tu berkilat and likat. bila korang angkat mixer tu,dia melekat kat pemukul tu and tak jatuh (likat la tu). Itu maknanya da berkesan la tu.
  3. Angkat adunan tu letak atas aluminium foil or kertas minyak. (kalau korang nak bentukan macam kek, boleh la lukis kat atas kertas minyak tu.pandai-pandailah korang modify. normally aku buat aksi bebas je. Hahaha)
  4. Masukan dalam oven, low down kan suhu jadi 145-150 darjah selsius,set time jadi 40-45 minit. (kalau nak dia masak macam rangup-rangup sikit kat dalam boleh bakar suhu 145 darjah selsius,45minit)
  5. Da masak.switch off oven tu.Jangan bukak pintu oven tu. Tinggalkan dalam 20minit then baru keluar kan. Biar sejuk kat luar another 10 minutes. Confirm cantik pavlova tu.
Topping :

  1. aku main tipu. Actually terpulangkan korang nak pakai any cream or even without cream. tapi I suggest you, janganlah susah-susahkan diri beli whipped cream kotak and all. More or less, korang tetap kena spend about rm14-rm15 untuk buat cream tu.Beli aje whipped cream dalam tin yang harga dia dalam rm14. Spray atas pavlova korang yang da sejuk tu. Then letak la buah yang korang suka (eg: blueberry,strawberry,kiwi) *buah masam untuk lawan rasa manis.
Taraaaa... Da siap.. Nanti aku upload pic pavlova aku yang pertama menjadi yang aku buat. Hehe!

No comments: