Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadhan

Dah masuk ramadhan ke dua harini kan? Sekejap je masa berlalu.
Alhamdulillah. Pertama selesai dengan baik.
Nak cerita pasal hari-hari sebelum sampai bulan ramadhan.
sebenarnya, belum masuk ramadhan aku dah terduga dengan macam2 benda.
sampai demam aku dibuatnya.
Orang kata kalau dah rezeki tu, Insyallah tak kemana.
Hari Sabtu aku dapat berita gembira. Alhamdulillah..
Tuhan makbulkan niat aku.
Apakah itu? hehe.. nanti cerita ok..

Hari Sabtu kitorang tak buat apa pun.
Nothing much. Sebab aku demam lagi (even harini pun still tak sihat)
Tapi ahad tu kan dah penghujung Syaaban.Esok tu dah start puasa.
So kitorang pun plan pergi breakfast sama-sama kat PNB park.
parents aku pulak bukan jenis makan dim sum ni sangat, so pergi adik beradik je.
















Banyak gila kitorang makan sebab dim sum yang halalkan susah nak cari.
rasa dia sangat sedap. puas hati lah. harga pun sangat affordable.
kalau korang jenis minat dim sum, mesti korang tahu price dia macam mana kan.
dulu masa hartamas square still ada, aku rajin makan dim sum kat situ.
tapi ya ampun harga dia. tapi benda sedapkan, nak makan, redha je lah.
tapi kat sini range harga dalam rm3.80-rm8.90. Murah kan?
kitoang makan banyak sangat-sangat (8pax) baru rm123 including tax.
Makan sampai tahap tersandar.

so dah makan sedap-sedap tu balik teman intan pegi tengok rumah pulak.
kebetulan hari panas ya amat. Nasib baik belum puasa, kalau tak, awal-awal aku dah surrender :P
biasalah orang gemuk memang banyak alasan.
balik tengok rumah area ampang jaya. 
cantik rumah tu. aku terpikat dengan environment diia.
kalau aku ada duit banyak, mesti aku da beli da.
balik tu aku minta dia hantarkan aku ke kajang.

so all the way ke kajang tu berdebar-debar je hati.
syukur,gembira, terharu. macam-macam rasa.
nanti bila dah confirm depan mata, baru kongsi yek.
tak nak too excited. macam-macam bole jadi.

so cerita pasal semalam. Ramadhan pertama.
apa menu berbuka korang eh?
semalam kitorang berbuka menu simple but syukur atas rezeki Allah.
Mama masak kari bawal and ikan cencaru masak sambal (klu tak silap la.)
balik dari office aku singgah kedai beli kuih muih sikit.
alhamdulillah, habis lauk. tak membazir.

 kuih pelita menu wajib berbuka.

 air soya cincau(cincau aku potong sendiri,soya beli kat bazaar ramadhan)
tembikai pun intan yang blend. Pelik2 aje perempuan tu.


so mission untuk hari ini, mencarik murtabak.
semalam kitorang pusing satu bazaar tak jumpa.
tau fu faa pun tak ada. kesian betul.
intan cakap dia banyak jumpa orang jual murtabak singapore.
sebab aku bukan orang singapore, so aku prefer murtabak made in malaysia :P

anyway, selamat berpuasa dan selamat berbuka u olls =)

No comments: