Thursday, August 4, 2011

Ramadhan 3

Harini aku tak kerja.
Sakit ni berlarutan dari minggu lepas.
So decided,harini nak ke tak nak,aku tetap kena cuti.
Sebenarnya malas sangat sebab kena jumpa doctor.Kena que lah apalah.
Ok sebenarnya itu semua dusta! Aku takut doctor.
Dari kecil dah kena hadap klinik la hospital la.

Tengok melalut ke mana-mana aje aku ni.
Back to the story. Finally harini pergi jugak.
Mula-mula pagi tu aku pergi JPJ ada urusan sikit.
Then balik terus ke Mediviron Taman Nirwana.
Doctor on duty harini nama dia Dr.Mumtaz.
Cakap kat doctor yang aku dah seminggu dok batuk tak baik-baik.
Doctor check tekak,tiba-tiba dia tanya , "you pernah ada asthma masa kecik?"
Aku dah blurr sebab first day cuti puasa.
Aku just jawab " I tak sure but rasanya ada kot."
Dia cakap asthma aku datang balik.
Then pasal batuk tu,kalau aku tak baik gak next week,aku kena datang for follow up sebab ada simptom-simptom bronchitis.
Aku tak berapa sure apa bronchitis ni but yang aku tahu is bronchitis ni punca dari batuk berlarutan.

So aku budget habis situ aje lah.
Doctor nak check blood pressure pulak.
Dia cakap blood pressure aku dah kat border line je.
Most probably is family history.
Masa tu tuhan aje yang tahu perasaan aku.
Nak nangis pun ada .
So doctor suruh control makan sebab still ok ni baik control.
Masuk kereta bagi tahu mama pasal check up.
Start lah mama nasihat itu ini.
Ok thanks mama sebab understanding.

Balik tu mama dah fikir nak masak apa untuk orang sakit ni. Walaupun tak puasa tapi takdelah aku ngada-ngada nak mama masak itu ini.
Tapi kena makan something untuk cover perut makan ubat.
Seksanya makan ubat! Nauzubillah!
Asthma,batuk,demam,selesema,sakit tekak.Niceee!
Nangis ok makan ubat. Pahit tekak!
Elok habis makan tu ingat nak main-main dengan anak buah aku.
Cisss! Elok baring,tiba-tiba terlentok!
Ingat boleh lah bangun lepas sejam camtu.
Mama kejut,rupa-rupanya dah pukul 6ish.

Bangun terus cuci pinggan segala sebab mama dah habis masak semua dah T_T
Dah settle buat air semua,teringat pasal murtabak.
Dayummm! Tengok jam da dekat pukul 7.
Tengok lauk je semua. Kuih yang ada pun tepung pelita je.
So aku terus start kete pecut ke bazaar.
Tengok pak cik murtabak tu dah tutup.Lagi sedih!
So takat beli apa-apa yang ada je.

Aku ni pentamak! Selagi ada depan mata,aku nak beli semua.hahahaha *Evil Laugh*
Tapi aku budget lah. Tak nak bazir-bazir!
So settle semua aku pun balik settle apa yang patut.
So juadah harini sangat simple tapi shedappp.
Gambar takde sebab aku lapar sangat!haha.
So aku list je :-

1.Sup Ayam (Shedapp!my fav!)
2.Sambal Paru.
3.Kuih-muih (Agar2 cendol,seri muka & tepung pelita)
4.Air Ribena
5.Teh O suam

Ok puasa ke 3 dah sibuk-sibuk cerita kat mama yang aku nak beli pelita segala.
Aku nak meriah-meriah.haha!
Aku memang tiap-tiap tahun meriah!
Beli lampu wink-wink (sila translate BM)
Beli pelita. Itu semua kerja aku.
Tapi aku tak suka part pasang langsir semua.
Keje tu remeh sangat.
Tapi paling aku suka,cuci depan rumah.
Entah,aku suka part main-main air ni!
Eeehhhh...Lain macam..hahaha!
Sila jangan negatif. *ehem-ehem*

So esok puasa ke 4. Harap-harap everything goes well ya! Insyallah. Amin =)
anyway, sebab sekarang awal pagi,aku nak ucap selamat bersahur rakan-rakan cantik ku. *ehh! Ada rakan pulak kannn* Lantak lah..
Byeeee!!
AinKassim - Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: