Monday, August 29, 2011

Ramadhan 29

Assalammualaikum and hello, friends =)

Mungkin hari ini ramadhan yang terakhir.
Lepas ni dah nak start raya dah kan?
Macam mana preparation raya? Is everything done?
Me as usual, last minute preparation.
Weekend haritu dapatlah kemas apa patut but still rumah adalah super berselerak.
Lagipun Ahad baru abang ipar aku settle cat rumah.
Confirmed malam ni kena kerah tenaga habis-habisan.

How bout cookies? Berapa jenis?
Aku beli tart sahaja because of jangkaan awal gaji tak masuk.
Tapi terkejut jugak bila tengok balang-balang kuih tersusun cantik kat dapur.
Banyak jugak yang kakak aku buat.

Baju raya? Berapa pasang?
Aku memang setiap tahun sepasang je.
For this year I chose caftan..Dark purple.
Lain sikit dari yang lain.
Seriously for those yang belum beli baju raya, get it from First Lady!
Murah,Cantik and berkualiti.
For this year memang aku terpaksa limit kan pembelian.
Biasa la, baru-baru pakai kereta ni, service and all kan.

Anyway, aku nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua umat islam tak kira di mana pun. Mintak ampun segala salah silap, terguna ayat yang mengguris hati, perilaku yang melampau, terbekira dalam segala benda, terambil, termakan, terpaksa, terjerit, termaki dan segala yang 'ter' mahu pun tak 'ter' tapi sengaja, PERCAYALAH semua itu dilakukan di luar norma manusia. Susun sepuluh jari memohon seribu kemaafan. Diharapkan semoga kita semua masih diberikan kesempatan untuk bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal akan datang. Sesungguhnya Ramadhan itu terlalu indah.

Berbahagia selalu ya =)

No comments: