Sunday, August 14, 2011

Ramadhan 14 dah

Alhamdulillah..selesai 14 Ramadhan.
Bila puasa ni jenuh la menunggu bila nak habis puasa. Tak sabar nak breakfast and lunch :p
Tapi tadi duduk sorang-sorang terfikir,sebelum ramadhan tu,jenuh mengira hari nak sampai puasa.
Biasalah manusia kan?
So how's Ramadhan so far?
Harap-harap ok.

Mine is awesome. Alhamdulillah.
Banyak kebahagiaan.
Suka,duka datang berganti-ganti.
Tapi apa pun syukur kehadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk terus bernafas.
Dah 2 kali weekend berbuka dan berpuasa bersama-sama anak-anak buah dan kakak tercinta.
Tapi masih lagi terasa sekejap masa berlalu.

Tadi pergi Ampang Point bawak anak-anak kakak pergi makan sushi.
Dah alang-alang ke sana,terus cuci mata sekali.
Yelah,sibuk pasal kereta masa awal-awal ramadhan,sampai terlupa pasal baju raya.
Owh ya,Alhamdulillah..Rezeki nak beli kereta baru dah tercapai :)
Perodua myvi jadi pilihan.
Itupun lepas bersusah payah,tapi Allah bukankan jalan dan pintu rezeki yang luas.
Aku ambil masa lebih seminggu untuk decide samada myvi atau saga FL.
Hati berkenan myvi.

So back to the story,masa cuci-cuci mata tadi banyak sebenarnya yang aku berkenan.
Tapi harga macam tak berbaloi.
I decided not to rush.
Iyerlah,banyak tempat boleh pergi.
Tak nak rushing nanti mesti nyesal.
Lagipun kakak aku ajak pergi jalan TAR nanti.
Exbf pulak ajak ke masjid india.
Aku ok aje.sebab yang pasti aku tak tahu jalan.hehe!
Sebab tak beli baju raya,aku beli pelita.hehe! Suka!

Anyway,macam mana korang?
Harap-harap korang tak last minute macam aku :p
Selamat berpuasa!
AinKassim - Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: