Saturday, July 30, 2011

Love vs. Money

Pernah dengar cerita keluarga pecah belah sebab duit?Pernah dengar orang kaya raya mampu control everything?Pernah dengar pasal orang kaya yang jahat tapi dia menang in every game yang diorang create?Benda ni bukan dalam tv je tau.Its really happen in real life.

Aku kadang-kadang confused kenapa manusia sekarang,kalah betul dengan duit?Sedangkan bukan ke duit tu kita boleh cari?Sampai ada yang sanggup hilang keluarga,hilang cinta sebab duit.Sedihkan?Aku tetap dengan pendirian aku,kalau miskin sekalipun,kalau kita usaha,kita mampu hidup senang.Memang betul,hidup ni perlukan duit.Masuk tandas sekarang pun nak kena bayar.Tapi kita kena ingat juga nilai kasih sayang.

Kasih sayang tak boleh beli.Sayang itu wujud dengan keikhlasan hati dan setulus hati.Kalau kita ni ada berjuta ringgit pun,belum tentu kita bahagia.Itu fakta.Sejak habis sekolah ni,aku jumpa ramai manusia.Macam-macam ragam.Aku dah jumpa hampir semua jenis manusia,kaya,miskin,jahat,baik,konon-konon baik pun ada.Jujurnya,orang yang betul-betul kaya ni diorang tak suka menunjuk compared to orang yang suam-suam kuku.Orang yang baru-baru nak kaya ni yang mostly bila ada duit lupa diri,menunjuk-nunjuk,gila kuasa dan sebagainya.

Aku cuba cari punca orang yang baru nak kaya atau suam-suam kuku ni jadi macam ni.Satu je jawapan dia,mostly diorang hidup susah lepas tu tiba-tiba kaya lepas tu diorang anggap diorang tu hebat sebab mampu ubah hidup diorang.Tapi diorang lupa,hidup ni kan macam roda,kadang-kadang dekat atas,kadang-kadang dekat bawah.Sekelip mata je kita boleh hilang semua benda.Jadi masa senang ni ingatkan diri kita,masa susah boleh menjenguk kita bila-bila masa je.So jangan angkuh,jangan bongkak dan jangan ingat duit tu mampu buat apa sahaja.Ada yang lebih berkuasa dari tu.Kuasa yang mampu menarik balik segala-galanya pada bila-bila masa dan pada ketika dan saat itu,yang tinggal hanyalah mereka yang benar-benar ikhlas menyayangi diri kita di kala susah dan senang. Renung-renungkanlah =)
AinKassim - Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: