Monday, June 20, 2011

Benci

Hari ini,aku mengantuk tahap maksima. Tak mampu nak umpamakan dengan apa. Pastinya,aku memandu dalam keadaan yg sangat teruk. Sepanjang jalan,aku doa moga2 aku selamat sampai destinasi dgn selamat. Pukul 8 pagi,tepat aku sampai ofis. Mata masih kuyu,layu aje. Tapi nak buat macam mana,aku kerja. Jadi sampai aje,aku terus ke kafe. Lepak, borak, ketawa dan kembali ke ofis. Sedikit tenang dan segar.

Aku mulakan rutin aku setiap pagi Isnin. Bersihkan papan putih, catit jadual 'engineers' untuk hari ini dan mungkin hari seterusnya. Aku sangat2 mengharapkan moga hari ini,semua berjalan dgn lancar. Sungguh aku bukan dalam 'mood' yg baik. Semua sebab 'rakan baru'. Itu kemudian, balik pada cerita asal. Hampir pukul 10 pagi, encik S menyapa aku dalam keadaan yg agak marah. Sungguh aku terasa! Sedalam2 hati aku. "Masa aku call,apa aku cakap?" Jujur aku balas "Kau cakap kau EL hari tu,Khamis. Kenapa?" Dengusan dia sangat2 kedengaran dan berbekas di hati "Sekarang kau tahu aku kena jumpa boss dan HR?" Aku hanya diam.

Apa yg sepatutnya aku balas? Salah aku? Demi tuhan,aku hanya dengar itu sahaja! Tak mungkin telinga aku kurang jelas, suara dia seolah memekik di hujung ganggang! Terasa seperti mahu jatuh air mata ni. Terasa diperbodohkan dan dipersalahkan di atas sesuatu yg bukan salah aku. Nasib baik ada rakan yg sedia memujuk. Bukan niat nak tagih simpati, cuma adakala, bila hati terusik, harapan aku ada teman yg memahami.

Benar tanggapan aku selama ini, hidup kalau hanya berpelajaran cukup makan, kita belum tentu dapat menundukan manusia yg ilmunya tinggi melangit. Maaf, mungkin aku tiada kertas yg mampu ku junjung dan tatang ke mana2 ku pergi, tapi aku punya ilmu yg aku kumpul dari manusia2 bergelar rakan. Cukup itu sahaja, aku amat bersyukur dengan pemberian Allah. Aku juga manusia, punya hati tanpa ijazah, berilah aku peluang untuk sama bernafas.

Hidup ini, sementara diberikan peluang untuk sama bernafas dan berdiri di bumi Allah, kenapa kita perlu tamak dan kedekut? Tak perlu terlalu angkuh dengan apa yg kita miliki sekarang. Satu hari nanti, ketika malaikat maut mula menyapa, kita kembali kepada Dia. Bersemadilah kita di tanah yg dijadikan tuhan dengan berkafankan kain putih yg membaluti seluruh umatNya.
AinKassim - Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: