Thursday, September 23, 2010

akhirnya ke tali gantung



Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira






Mohd Fazli Azri





Siti Nurhanim Aziz, ibu kepada Syafiah Humaira





Mohd Fazli Azri didakwa membunuh Syafiah Humaira, yang juga anak teman wanitanya, di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah, Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali pada jam 6.30 petang 25 Feb lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Mohd Fazli Azri, teman lelaki kepada ibu Syafiah Humaira, Siti Nurhanim Aziz, didakwa membunuh kanak-kanak itu dengan cara menendang dan memijak perut mangsa.
Dalam penghakimannya, Hakim Mohtarudin berkata pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengalami kecederaan akibat terjatuh daripada motosikal adalah tidak selari dengan keterangan pakar perubatan mengenai kecederaan sebenar mangsa. "berita di petik dari berita harian online"

akhirnya si pembunuh yg juga teman lelaki kepada si ibu ke tali gantung. kejam! perkataan yg hanya mampu terungkap. nyawa dibayar dengan nyawa. tapi Syafiah Humaira pada akhir hayatnya diseksa sebegitu. aku bukan tuhan untuk menghukum si pembunuh cuma sebagai manusia aku rasa sakit hati dan marah sangat dengan apa yg dia buat kat arwah. kesian.. budak baru berapa tahun dipijak dengan kasut bola. hadiah hari jadi terbaik untuk si pembunuh yg dijatuhkan hukuman pada tarikh yg sama dengan hari lahirnya....


No comments: